Untuk makluman, pada 26 Januari 2011 bersamaan pada hari Rabu pihak sekolah akan mengadakan Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 Kali Pertama 2011. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan juga perbincangan mengenai Program Kecemerlangan UPSR 2011 dalam bersama membimbing anak-anak didik sekolah ini ke arah kecemerlangan. Perjumpaan ini turut akan menjadi platform untuk perkongsian idea dan pandangan ibubapa dalam menangani masalah anak-anak ini dalam pembelajaran dan juga pembentukan sahsiah.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak ibubapa dan penjaga dapat meluangkan masa untuk hadir dalam perjumpaan ini demi untuk kemajuan anak-anak ini serta dalam bersama membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan. Maklumat mengenai perjumpaan ini adalah seperti yang berikut;
Tarikh : 26 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 12 tengahari
Tempat : Kantin Bestari SK Parit Melana