Maklumat Terkini HEM SK Parit Melana
Pendaftaran e-Kasih 2011
· Untuk makluman, mulai pada tahun ini, ibubapa atau ketua isi rumah perlu mendaftar sendiri permohonan e-Kasih secara online di alamat www.ekasih.gov.my.
· Para ibubapa perlu mendapatkan kerjasama dari JKKK masing-masing dan bolehlah terus berhubung dengan pihak sekolah untuk membantu membuat pendaftaran tersebut.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
· Pada tahun ini hanya seorang murid sahaja yang layak mendapat RMT. Perkara ini amat mengejutkan tetapi ia berlaku di seluruh Negara dimana setiap sekolah majoriti hanya 2-3 murid sahaja yang layak dapat.
Bayaran Tambahan Sekolah
· Sehingga kini, masih ramai lagi ibubapa yang belum lagi menjelaskan pembayaran Tambahan Sekolah, Lembaran Kerja serta yuran PIBG. Diharapkan segala pembayaran dapatlah dijelaskan selewatnya pada 30 Januari bagi memudahkan urusan pihak sekolah.
Bantuan Pakaian Seragam Sekolah
· Untuk makluman, seramai 20 murid anak yatim telah disenaraikan untuk menerima bantuan Pakaian Seragam Sekolah.
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
· Jika terdapat apa-apa permasalahan mengenai anak-anak jagaan tuan/puan bolehlah membuat temujanji untuk berjumpa dengan Kaunselor sekolah iaitu En. Arrif.
No comments:
Post a Comment