Salam sejahtera dan Salam Tahun Baru 2011 kepada semua warga SKPM dan ibubapa. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT diatas limpah kurniaNya maka kita semua dapat meneruskan alam persekolahan dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang.
Untuk makluman ibubapa, bermula pada 2011 ini, pihak sekolah akan sentiasa berhubung rapat dengan para ibubapa dengan melaporkan semua maklumat penting terkini dari SKPM melalui Mini Buletin “Gapura” SKPM ini.
Justeru itu, amatlah diharapkan dengan adanya buletin ini ia dapat dijadikan satu titian silaturrahim dalam menyalurkan maklumat kepada ibu bapa mengenai perkembangan semasa yang berlaku di sekolah ini. Semoga ia akan memberi manfaat yang berguna kepada ibubapa dan amatlah diharapkan agar para ibubapa atau penjaga sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan pihak sekolah seiring dalam menjana kecmerlangan sekolah ini.
Segala maklum balas bolehlah dibuat melalui laman blog ini, menerusi e-mail sekolah iaitu myskpm@gmail.com atau terus hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan para pentadbir dan guru.
Tahniah!! Satu usaha yang amat baik dalam usaha mengeratkan silaturrahim dgn ibubapa serta secara langsung mempromosi sekolah
ReplyDelete