Seluruh warga SKPM mengalu-alukan kemasukan semula dua orang guru yang telah "dipinjamkan" seketika ke SJK(T) Ladang Tebong dan SJK(C) Sin Hwa selama hampir 3 minggu iaitu Encik Nor Izhan Ishak (gambar) dan juga Pn. Salinah bt Md Yusop. Kemasukan semula yang diluar jangkaan ini sekaligus telah menaikkan semula moral rakan-rakan yang amat terasa kehilangan selama 3 minggu ini. Begitu juga pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran En. Pragasam a/p M.Suppiah dan Pn. Siti Khadijah bt Abd Wahub sebagai warga pendidik SK Parit Melana yang baru. Semoga dengan kehadiran guru-guru ini ia mampu menjadi pemangkin dalam bersama meneruskan perjuangan ke arah kecemerlangan sekolah ini.
Semoga SKPM terus mencapai kecemerlangan melalui permuafakatan
ReplyDelete